Natural event

~noun

Entry: an event that happens.

18 lagi rakyat Malaysia masih hilang di luar negara

PUTRAJAYA 1 Jan. - Kementerian Luar mengesahkan seramai 18 orang rakyat Malaysia yang berada di luar negara masih belum ditemui sejak kejadian ombak besar tsunami yang melanda Asia, 26 Disember lalu.

Ketua Setiausaha kementerian itu, Tan Sri Ahmad Fuzi Abdul Razak berkata, daripada jumlah tersebut, 10 dipercayai berada di Chennai, lima di Phuket dan tiga lagi di Acheh.

``Setakat ini enam telah disahkan mati dan 18 lagi masih belum ditemui termasuk laporan yang kami baru terima semalam mengenai kehilangan 10 orang di Chennai, India dan empat lagi di Phuket.

``Sebelum ini hanya seorang saja dilaporkan masih hilang di Phuket,'' katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan bantuan kewangan kepada 18 pelajar Malaysia yang baru dibawa pulang dari Medan setelah terlibat dalam gempa bumi di Banda Acheh, Ahad lepas.

Sementara itu jurucakap Wisma Putra ketika dihubungi memberitahu, enam rakyat Malaysia di Phuket yang disahkan mati ekoran tsunami ialah Sue Siew Keong, 33, Yap Chai Lim, 38, Yeo Tiew Kheng, 42, Ho Mei Sin, 4 dan Chan Kee Keong, 29.

Di Sri Lanka pula ialah David a/l Samuel.

Dalam pada itu, lapan rakyat Malaysia yang masih hilang di Phuket dan Acheh telah dikenal pasti, manakala di Chennai, hanya dikenali nama awalan sahaja.

Menurutnya, lima rakyat negara ini yang hilang di Phuket ialah Rohayu Abdul Rahman, Ismail Shafie, Norama Bong Diang, Lim Phan Kang dan Chua Poh Chin.

Di Acheh pula, mereka yang hilang ialah tiga beradik iaitu Sri Nor Atikah Ahmad Lafti, Sri Nor Tasha Ahmad Lafti dan Mohd. Izat Ahmad Lafti.

Jurucakap itu berkata, 10 orang rakyat Malaysia yang disahkan hilang di Chennai, India hanya dikenali dengan nama awalan iaitu Alagu Gauri, Nandini, Shamugam, Saraswati, Gugan, Subahshini, Maherswari, Punitamalar, Thirumalar dan Elizabeth John.

Sementara itu pada majlis tersebut, kelab UMNO luar negara melalui pengerusinya, Datuk Shafie Apdal menghulurkan sumbangan sebanyak RM1,000, manakala Bahagian Keselamatan Negara dan kelab sukan Kementerian Luar Negara menyumbang RM400 bagi setiap pelajar terbabit.

Daripada 18 pelajar yang dibawa pulang menggunakan pesawat Charlie 130 TUDM semalam, tiga terpaksa dirawat di Pusat Rawatan Universiti Malaya, Petaling Jaya setelah disyaki dijangkiti demam malaria dan kepialu.

Dua lagi pelajar masih berada di Acheh, seorang daripadanya, Zulhilmi Masri, 26, yang baru berkahwin dua minggu lepas akan pulang tidak lama lagi setelah urusan membawa isterinya, warganegara Indonesia, Masrina, selesai.

Seorang lagi, Ismail Khalid, 36, masih belum diketahui lokasi sebenarnya walaupun difahamkan berada dalam keadaan selamat.

Sementara itu Shafie berkata, beliau akan berbincang dengan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr. Shafie Salleh untuk mencari jalan terbaik bagi membolehkan pelajar-pelajar yang terlibat dengan bencana tsunami di Acheh meneruskan pengajian mereka sama ada di dalam atau di luar negara.

``Sebahagian daripada mereka sudah hampir menamatkan pengajian. Malah ramai di antara mereka sepatutnya menduduki peperiksaan tidak lama lagi. Tetapi berikutan bencana ini, mereka tidak boleh meneruskan pengajian.

``Satu jalan perlu dicari bagi mengelakkan pengajian mereka terbantut. Kami juga akan berusaha memberi bantuan kaunseling kepada pelajar terbabit bagi memulihkan semangat mereka setelah melalui tragedi yang mengerikan,'' katanya.

Semua pelajar terbabit menuntut di Institut Agama Islam Negeri Ar-Raniry, Acheh dengan pembiayaan sendiri.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2005&dt=0102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_03.htm#ixzz2CilThtU0
© Utusan Melayu (M) Bhd
 
@ Milton-Kindersley Advanced Dictionary